“Baru hari ni kau nak menyesal kahwin dengan aku?” – Reza
Ikatan perkahwinan yang terbina selama 15 tahun tidak memberi makna buat Najihah. Selama 15 tahun itu hanya keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung bersuamikan Reza yang umpama biawak hidup. Lelaki yang pernah disayangi dan dicintainya sepenuh hati.
Bersuamikan Reza merupakan mimpi paling ngeri buat Najihah. Hanya kerana terlalu banyak hati yang perlu dijaga, dia sanggup menghambakan diri. Menanggung sepak terjang dan maki hamun Reza saban hari.
Kehadiran Shahir dan Mak Munah sebagai jiran yang prihatin mengundang ketidaksenangan Reza sejak awal lagi.
“Lepas apa yang dia dah buat pada awak, awak masih nak bela lelaki yang jauh lebih hina dari biawak ni?” – Shahir
Najihah pasrah dengan takdir yang menimpa diri. Keganasan dan penderaan Reza menjadikan dia berputus asa.
Mampukah dia merasai walau secebis rasa bahagia selepas bertahun-tahun mengulit mimpi ngeri yang sudah sebati dalam dirinya?
Buy Now