Sejujurnya, menjadi houseman pada zaman sekarang sangatlah mencabar. Dengan berkurangnya jumlah houseman yang mendaftar masuk ke hospital, maka semakin bertambahlah bebanan kerja yang perlu dipikul oleh setiap houseman.
Akibat terlalu sibuk bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam, susah untuk mencari masa untuk belajar. Disebabkan itu, kebanyakan houseman susah untuk dapatkan knowledge tambahan untuk diaplikasikan semasa bekerja di wad.
Bermula dari situ, saya nekad untuk membantu adik2 houseman yang saya anggap macam adik saya sendiri. Melalui post2 saya di facebook, saya cuba untuk berkongsi sebanyak mungkin tips & basic knowledge untuk survive di mana2 medical ward.
Hasil dari pembacaan dan perkonsian selama ini, saya berjaya compilekan ke dalam 1 ebook yang bertajuk 'Medical Notes for HO'. Sangat mudah untuk difahami dan jika memerlukannya di saat genting, hanya search pada topik yang anda mahukan.
Harapan saya agar semua pembaca khususnya adik2 houseman akan mendapat manfaat daripada ebook yang saya terbitkan.
Semoga menjadi houseman berjaya!
Dr Hanif Arshad
Buy Now