Sebuah perkenalan yang berlanjutan hingga mengikat Haqq dan Farhin ke dalam sebuah bahtera perkahwinan yang diimpikan. Sembilan tahun menganyam kasih dan cinta, tidak menjamin kemanisan sepanjang masa.
Sikap Haqq yang sering bertukar kawan perempuan langsung tidak berubah membuatkan kepercayaan yang ada kian menipis.
Namun kesetiaan Farhin membuatkan Haqq terlalu yakin kasih dan cinta mereka masih utuh walaupun hati isterinya itu sering dilukai.
Farhin yang setia hanya kerana zuriat. Zuriat yang masih belum berjaya dimiliki hanya kerana ketidaksediaan Haqq. Dia tekad mahu memilikinya kerana itu yang lebih penting berbanding hatinya yang terluka.
Keadaan rumah tangga yang sedia goyah, diuji pula dengan perkara yang paling ditakuti Farhin. Perkara yang benar-benar cuba dijauhi akhirnya berlaku jua.
Masihkah Farhin mampu bertahan? Adakah peluang untuk dia memiliki zuriatnya sendiri walaupun hatinya luka parah dan sukar diubati?
Buy Now