“Saya upah awak menyamar jadi pakwe saya untuk satu hari. Makan minum pakaian semua saya tanggung. Minggu depan ada majlis kahwin Kawan saya. Alang-alang beruk dua ekor tu anggap awak pakwe saya. Bolehlah saya upah awak jadi pakwe saya.” – Jihan
Putri Jihan Nabilah, seorang anak yatim piatu. Nasibnya tidak pernah baik samada dalam hidup atau dalam percintaan. Tanpa segan silu dia menerima lamaran cinta Ariff tanpa mengetahui lelaki itu hanya berniat mempermainkannya sahaja. Kerana salah sangka Ariff, Jihan melamar Farhan untuk menjadi pakwe upahannya.
Andy, adik beradik lain mak lain bapa dengan Jihan merencanakan sesuatu yang lain. Dia sanggup membayar Farhan agar menjadi suami Jihan kerana tidak mahu ‘adiknya’ asyik kena kutuk tak laku.
“So macam mana. Kau nak terima tawaran aku. Seratus ribu kalau kau sudi jadi suami dia. Kerja tetap berserta gaji lumayan. Dapat isteri cantik lagi.” – Andy.
Adakah Farhan akan setuju dengan permintaan Andy? Adakah dia akan kekal menjadi pakwe upahan kepada Jihan atau bakal menjadi suami gadis itu? Siapakah Farhan sebenarnya?
“Saya cari bakal isteri yang boleh terima saya seadanya. Jihan boleh terima saya yang kekurangan. Ya, memang saya ada rupa. Ramai yang kata macam tu. Tapi, apalah sangat rupa kalau saya tak ada kerja tetap. Saya cuma penjual barangan secara online sahaja. Cukup makan pakai. Saya sangat terharu Jihan boleh terima saya.”